TERMS & CONDITION

 

POLISI PRODUK

Semua ramuan yang digunakan adalah dijamin HALAL. Sambal &

Gulai kami 100% asli dan tidak menggunakan sebarang pengawet oleh kerana itu

Sambal hendaklah sentiasa disimpan dalam peti sejuk untuk tahan 3 bulan ke atas

dan 1-3 hari di suhu bilik. 

 

 

POLISI PEMBAYARAN

Setiap tempahan beserta bayaran hendaklah dibuat sebelum

penghantaran. Bayaran boleh dibuat melalui FPX Online Transfer, Kad Kredit dan

7Eleven Offline Cash Payment. Harga produk dan kos penghantaran boleh dipinda

mengikut kesesuaian harga semasa tanpa notis awal kepada pelanggan. 

 

 

POLISI PENGHANTARAN

Setiap penghantaran akan dibuat selepas pengesahan pembayaran.

Bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang, pelanggan boleh memilih sama ada

pembelian melalui pos atau hubungi agen sah kami untuk mendapat khidmat

penghantaran secara cod. Bagi pelanggan di luar Lembah Klang termasuk Sabah

& Sarawak penghantaran akan dibuat melalui khidmat Pos Laju sahaja.

 

Seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah Sarawak:

Pengeposan hanya akan dibuat pada hari Isnin hingga Rabu sahaja

bagi mengelakkan tempahan mengambil masa terlalu lama untuk sampai kepada

pelanggan. Bagi pelanggan yang menggunakan khidmat pengeposan, pelanggan boleh

membuat pilihan sama ada ingin meletakkan alamat rumah atau alamat tempat

bekerja. Khidmat pengeposan juga boleh digunakan bagi pelanggan di Semenanjung

Malaysia, Sabah dan Sarawak mengikut keperluan dan kehendak pelanggan. 

 

 

POLISI PEMBUNGKUSAN BARANG

Untuk makluman pelanggan, pihak HQ akan membungkus produk sebaik

mungkin dan dalam keadaan baik bagi mengelakkan sebarang masalah semasa pos.

Pihak kami tidak bertanggungjawab diatas sebarang kerosakan barang seperti

botol pecah, basi, tumpah yang diluar kawalan kami.

 

 

POLISI PELANGGAN

Sekiranya pelanggan perlukan bantuan, boleh hubungi kami melalui

Whatsapp 019-6008804/019-7130304. Waktu urusan bagi khidmat pelanggan kami

adalah pada hari Isnin - Jumaat dari 9am - 5pm.



Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2023
Powered with
by AVANA
Click Below To Share